Wednesday, December 16, 2009

oh cuti...

banyak bende yg aku buat cuti ni..nanti aku cite la ek..ahahaha

Saturday, September 26, 2009

Jom Masuk "U"



klik link ni...

http://upu.mohe.gov.my/

Puasa 6 = Puasa 1 tahun

PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN

Alhamdulillah kita tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan 1431H. akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah...

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

Saturday, July 4, 2009

Micheal Owen Join Manchester United


Wah.. tak sangke la.. Owen yang selalu injured kat Newcastle dulu tu skng ni dah join MU.

Tak tau la ape plan Sir Alex tu sbnrnye... tapi mmg die nak cari pengganti Tevez... Maybe Tevez akan join Man City.. tapi tak tau la kan... so skng ni kene la die cari pengganti Tevez n Owen la yang die rase sesuai sbb Owen nye history dulu boleh tahan la...

tapi Owen dulu tak same mcm skng... tah la.. kite tgk je la kebolehan Sir Alex tu develop Owen Tempang tu mcm mane nanti jadi Top Striker England semule..huhu

Thursday, April 23, 2009

Minggu Exam Yang Padat

wah.. dah lame aku tak usik blog aku ni.. tak de mase, wireless lambat, byk keje tu faktor2 aku tak dapat nak update la blog aku ni... huhuhu... waa... korang nak tau tak, hari isnin aku ade exam Mathematic Engineering 3, pastu hari selase ade Hubugnan Etnik(nasib baik soalan objektif je) pastu plak tadi, (Rabu) aku ade exam Hidrologi.. bapak ar soalan membunuh gile...

huhuhuhu...

dah la susah...pastu ade la soalan terpakse tinggal sebab aku tak cukup mase..huhu...soalan die boleh jwb..tpi byk trik la..tu yg leceh tu..huhu...

pastu plak, tadi aku ade terime satu SMS dari kawan sekelas aku mengatakan ade orang dah mengaibkan Cin Nur Aini Bt Arish dengn cara menconteng bende2 tak elok kat Notice board cik aini tu... sape la yang tulis tu...tak pasal2 kene ugut kate cik nak failkan satu kelas,,,huhu..

betul ke cik aini?...jgn la mcm tu..sy tak bersalah...

sabar la ye cik aini...sume dugaan..huhu...ape2 pun cik aini, terime kasih atas didikan cik aini selame satu semester ni.... mmg saya hargai ilmu yang cik curahkan... tq tq tq :)

Hidrologi Chapter 7 = Groundwater









Tgk gamba kat bawah ni. ade la gak kaitan ngan bende yg aku blaja...

Ni sume ni adalah gambar pasal air yang tetibe memancut keluar dari sub permukaan. air ni terpancut dari dalam aquifer keluar ke udara. mengikut firasat aku, aquifer ni ade 2 jenis iaitu confined and unconfined. tanah kat tempat tu kering jadi die ade impermeable layer la kat bawah lapisan tu. jadi lapisan kawasan ni adalah kawasan aquifer terkurung.

aquifer terkurung ni ley jadi sebab die ade lapisal impermeable layer ngan lagi satu terpendan sebab ade pressure. (tekanan). so, sebab tekanan tu dah release, air tu terpancut2 kluar la.

Sebab Penampar Budak Budak, Jadi Rusuhan


Kekecohan di Pekan Nenas, Johor

Pekan Nenas, Pontian adalah satu bandar kecil yang menjadikan buah nenas sebagai lambang pekan tersebut hangat malam semalam apabila Balai Polis dikepung oleh kira-kira 1000 orang yang mengamuk kerana kejadian seorang bapa menceroboh sekolah kerana ingin mencari pelajar yang memukul anaknya tetapi membelasah guru yang cuba menghalangnya di Sek Men Pekan Nenas.

Apa yang pada mulanya hanya merupakan salahfaham kecil yang berlaku di sebuah sekolah, hampir mencetuskan rusuhan apabila kira-kira 1,000 yang naik angin dan bertindak mengepung balai polis Pekan Nanas di Johor semalam.

Menurut laporan media, balai polis itu dikunci dan sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan untuk menghalang orang ramai daripada masuk ke dalam balai.

Insiden pada jam 7.30 malam tadi itu juga menyebabkan lalulintas di kawasan tersebut terjejas teruk.

Ketua CID Johor, Amer Awal berkata masalah itu bermula di SMK Pekan Nanas di mana seorang pelajar tingkatan satu telah ditampar oleh seorang pelajar tingkatan lima selepas dia secara tidak sengaja terlanggar bahu pelajara berkenaan.

Juga dilaporkan ialah pelajar tingkatan satu itu adalah cucu kepada seorang pemimpin MCA di situ.

Berikutan itu, bapa pelajar tingkatan satu itu membawa tiga rakannya ke sekolah berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu, tetapi dihalang oleh seorang guru, yang dipercayai bapa kepada pelajar yang seorang lagi.
Berikutan itu dilaporkan berlaku pergaduhan antara kedua-duanya, dan guru berkenaan kemudiannya membuat laporan polis, mendakwa dia mengalami kecederaan di muka, dada dan bahagian belakang.

Dari sumber-sumber orang Pontian mereka yang bertindak mengepung balai polis tersebut selain dari saudara mara ialah orang-orang "ayahanda dan anakanda" yang turut datang dari Kulai dan Batu Pahat berkumpul apabila mendapat SMS.

Akibat takut berlaku rusuhan semua kedai di Pekan Nenas ditutup semalam termasuk stesyen minyaknya sekali.

Sumber: Malaysiakini

Sunday, March 29, 2009

England 4-0 Slovakia

wah...best ar...game ni..even aku ddk dalam kolej tak dapat nak fly tgk bola kat luar, nasib baik ade wireless ni..hehe...ley aku tgk gol2 nye mcm mn..tak menyesal ar tak tido mlm tunggu result ni..hehe...ni antare gol2 yang ade...

1-0


2-0


3-0


4-0


nak lagi gol2 ?

gi kat www.livescore99.com

Saturday, March 28, 2009

Lagi Gambar Kat Langkawi



ni En Mohd Hazreek bin Zainal Abidin... mulut die lancang gile time mengajar...sape yang tak ikut cakap die, mmg kene maki ar...hahaha...



gile ar smart gamba ni...ni antara budak2 kelas aku...background tu bukit malut...kiteorang study pasal rock stability kot..hehe..



minah ni namenye hawe...haha...ikatan ukhwah antara dieorang ni tak pernah lekang dek hujan, tak rapuh dek panas...



ha..ni la aku..daripada aku bagi makan monyet2 tu, baik aku makan sendiri...name pulau ni beras basah...so, tak de makanan la..huhu..makan kacang je...




ni gambar kak nana ngan fernandez...aku tangkap saje2 je...si fernandez tu budak sabah, kak nana tu dah kawen k...

Minggu Yang Paling Sebok Dalam Semester 2

wah..gile la..banyak gile test...kuiz...asignment...projek...sume nak kene hantar minggu ni...aku bukan la suke kumpul keje...tapi nak wat cam ne...bende dah terkumpul...mase buat satu, datang lagi due...isk2...tak pe la...

ni tah...ape la plan aku nanti...aku rase nak amik short sem ke tak ek...nak reduce aku nye kredit...huhu....tanak ar pening pale mcm ni....huhu...

Friday, March 13, 2009

Rahsia Ais -baca-

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
"

Anak Nelayan dapat 20A dalam SPM. TAHNIAH!



wah...tahniah la...pandai betul die ni...dulu aku dapat #A je dlm SPM...huhu...menyesal betul main2 blaja dulu...kalau la ade peluang lagi skali...herm...dulu kelengkapan aku cukup, siap tinggal kat asrama ade kelas tambahan pun tak lepas2 nak dapat 11A...huhu..tak pe la...aku tak mengalah...dah kat U ni, kene blaja rajin2 la...k...hidup anak melayu, hidup anak nelayan, hidup, hidup...

semoga cita2 adek Nik Nur Madihah ni nak jadi ahli fizik tercapai la ye...bkn ramai ahli fizik dari kalangan melayu...tp tgk muke die jadi matematician lagi sesuai kot :)...hehehe...

berita lanjut : <Klick Here La!>

Thursday, March 12, 2009

KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA!!



kalau nak tgk highlight gol-gol champion league ni, ade kat www.livescore99.com ...

Tahniah SPM 2008

6,277 calon SPM dapat Gred A

PUTRAJAYA: Sejumlah 6,277 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007.

Daripada jumlah itu, seramai 1,676 memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran berbanding 892 pada tahun sebelumnya.

Ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata 181,416 atau 46.7 peratus calon lulus semua mata pelajaran yang diambil berbanding pada 2007 iaitu seramai 175,452 calon.

"Daripada kumpulan calon cemerlang pula, tiga pelajar berjaya memperoleh gred 1A dalam semua 16 mata pelajaran yang diambil, dua memperoleh 15 1A dan enam pelajar mendapat 14 1A," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini.

Beliau berkata dua daripada pelajar yang memperoleh 16 1A itu dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan Selangor dan seorang lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teong Hua, Sibu, Sarawak.

Seramai 442,936 calon menduduki SPM 2008 berbanding 439,255 calon pada 2007, manakala bagi calon istimewa pula, seramai 435 calon menduduki peperiksaan ituberbanding 355 calon pada tahun sebelumnya.

Di kalangan pelajar istimewa, calon rabun penglihatan, Mohd Shafiq Sahdondari Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor memperoleh 12 A manakala pelajar cacat pendengaran Aghilan Narayanan dari SMK Jalan Bukit, Kajang Selangor memperoleh 11 A.

Alimuddin berkata pencapaian daripada aspek mata pelajaran teras iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan manakala Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam menunjukkan sedikit penurunan.

Beliau berkata seramai 60,902 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred 6C dalam semua mata pelajaran yang diambil dan seramai 2,589 calon gagal atau mendapat gred 9G.

Bagi calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119, seramai 182,270 calon berjaya dianugerahkan Cambridge Assessment (CA) dan daripadajumlah itu 12,645 memperoleh gred 1A atau 2A dan 87,383 calon memperoleh sekurang-kurangnya gred 6C.

Calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan pula seramai 87,355 dan seramai 30,046 berjaya mendapat sijil London Chambers of Commerce andIndustry (LCCI).

Seramai 20,347 calon juga layak mendapat pengecualian menduduki kertas Certified Accounting Technicial One (CAT 1) daripada The Association ofChartered Certified Accountants (ACCA) England. - Bernama

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090312123911/Article/index_html

Wednesday, March 11, 2009

Siapa Obama Sebenarnya? Yahudi?




Hati-hati..Barack Obama boneka Israel !

Ingatkan nasibnya akan sama spt JFK yg mati kena tembak…oleh org yahudi. Rupenya Obama (darah mix tapi bukan dgn yahudi) mmg dah ader link dgn yahudi utk jadi presiden !
Sejarah amerika…selain org yg bukan darah yahudi tidak layak jadi presiden amerika, di antaranya JFK bukan berdarah yahudi- fact Seluruh keluarga JFK mati secara misteri dlm kemalangan. Selidik la sendri kalau nak tau lebih lanjut….




Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance,




Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008.





Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel?

Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi

Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu?

Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew.

Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).



Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut.

Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?


Obama sedang melakukan ritual Yahudi.

Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004.

Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts.

Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel.

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction" kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007. Klik sini

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh
Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan.

Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?


Gambar: Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kempen Presiden


Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008.

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point."

ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007. Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama?

Dasar Obama mungkin halus dan "makan dalam". Musuh yang "silent killer" lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang Sama.

Berhati-hatilah kita...

"And then a hero comes along,
With the strength to carry on;
And you cast your fears aside,
And you know you can survive;
So when you feel like hope is gone,
Look inside you and be strong;
And you'll finally see the truth,
That a hero lies in you!"






Tuesday, March 10, 2009

LAWATAN UTHM-2BFF 2008/09 (Geologi, En.Hazreek) ke Langkawi Geopark!!!....






Ni lawatan kelas geologi seksyen bape tah kelas en.hazreek ke langkawi...seramai lebih kurang 2 bas dari selatan menuju ke utara...gerak kol 9 mlm kot sampai kat sane 7 pagi...yang tak boleh blah nye, mase sampai kat jeti kuala perlis tu, ade la orang2 restoren gi panggil UTHM, UTHM, UTHM...tak boleh blah lsng...ingat dieorang sponsor makanan la...tapi tak...kene bayar...punye la kiteorang dah mencekik seribu daya...

huhu...tapi tak pe la...demi ilmu yang ade di langkawi tu, tak kesah...kami bakal2 engineer, tak kesah.. :)...so, ni la antara bende yang kite orang buat kat langkawi tu... :)...ade banyak lagi gamba...lain kali aku upload ek.. :)

zzzzz

Monday, March 9, 2009

'Cubaan lumpuh kuasa Sultan'-Berita Harian



wah...politik negara sekrang ni dah jadi tak tentu hala...tak tau la betul ke tak kan...tapi dari akhbar berita harian ni cakap pihak pembangkang yang jadi dalang nak bawak institusi kesultanan ni ke mahkamah...apesal la pihak pembangkang ni teruk sangat mcm ni...tak tau ke negara ni asas nye daripada kedaulatan raja-raja melayu?...herm..marah betul la bile bace berita macam ni...tak de ke berita yang menunjukkan negara ni damai dari segi politik nye?...hei...kotor betul la politik ek mcm ni...

cube bace artikel dari bharian tu...


Sunday, March 8, 2009

All England - Lin Dan juara. Sabarlah Datuk Lee Chong Wei

huhu...malam ni sy tak study sbb tgk tv1 ngan budak2 hostel kat bilik tv. waa...kiteorang sume mmg supporters Datuk Lee Chong Wei. Mmg sedih gell ar tgk aksi perlawanan badminton tu tadi. Sy mmg agak dah mmg sengit ar game ni. maklumla... jumpe nemesis nye sendiri...hahah :)..anyway datuk, ada lori ada bas, lain kali datuk balas k..

tadi bdk2 tanye nape la datuk tak smash slalu...main saving je ke...huhuhu ..zzz

Bumiputeraisme bukan Apartied!


ni keratan akhbar dari utusan online yg sy print screen n cut page ni.. hurm..ape la..patut ke die samekan bumiputeraisme ni dengan dasar apartied.. sebenarnye, kat U sy ni sendiri dah banyak dah orang bukan melayu yang mcm menunjukkan dieorang mcm tu.. mcm mane tah agaknye care nak bagi sume orang menang-menang kan.. zzzz

Demo anti-PPSMI - tah pape tah wat demo ni

Gamba kat sebelah ni pasal gerakan aktivis bahasa yang menentang dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

sememangnya, saya tak berape setuju la dieorang ni menentang. sbb teruk sgt ke belajar bahasa inggeris ni?.. mmg pn dalam blog sy ni tulisan bahase melayu tak berape betul.. tapi asalkan orang paham ape isi hati sy ni nak sampaikan sudah le..

gini la. cube pk balik. kalau tak bagi la anak-anak dieorang tu blaja bahase inggeris, tak teringin ke anak-anak dieorang tu nak gi amik at least degree kat oversea tu. pastu, kalau nak pandai, kene la blaja banyak bahase k. ni tak, di manjekan sangat tak payah gune bahase inggeris plak. bkn tak gune lsng bahase melayu tu kat rumah, kat kedai, kat dapur, dalam dalam bilik air pn pakai bahase melayu jgk kan. so, jgn ar buang mase wat demo-demo yang tak de faedah ni ye.

sebagai mahasiswa, sy mmg tak setuju la kalau orang2 kat atas ni gi wat demo gini. mmg saje je la nak tunjukkan perangai tak elok tu nak demo-demo. ade la niat disebalik nak buat demo-demo jalanan murahan ni. herm...ape la nak jadi ngan orang sekarang..nak bagi pandai pn tanak..mmg tak sayang ilmu lsng.. zzzz

Saturday, March 7, 2009

7 Mac 2009

Hari: Sabtu
Tempat: Makmal Komputer TSN Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

hari ni aku buat blog. harap-harap aku rajin la nak update bende ni ngan idea aku yang melambak tu nanti.