Thursday, April 23, 2009

Sebab Penampar Budak Budak, Jadi Rusuhan


Kekecohan di Pekan Nenas, Johor

Pekan Nenas, Pontian adalah satu bandar kecil yang menjadikan buah nenas sebagai lambang pekan tersebut hangat malam semalam apabila Balai Polis dikepung oleh kira-kira 1000 orang yang mengamuk kerana kejadian seorang bapa menceroboh sekolah kerana ingin mencari pelajar yang memukul anaknya tetapi membelasah guru yang cuba menghalangnya di Sek Men Pekan Nenas.

Apa yang pada mulanya hanya merupakan salahfaham kecil yang berlaku di sebuah sekolah, hampir mencetuskan rusuhan apabila kira-kira 1,000 yang naik angin dan bertindak mengepung balai polis Pekan Nanas di Johor semalam.

Menurut laporan media, balai polis itu dikunci dan sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan untuk menghalang orang ramai daripada masuk ke dalam balai.

Insiden pada jam 7.30 malam tadi itu juga menyebabkan lalulintas di kawasan tersebut terjejas teruk.

Ketua CID Johor, Amer Awal berkata masalah itu bermula di SMK Pekan Nanas di mana seorang pelajar tingkatan satu telah ditampar oleh seorang pelajar tingkatan lima selepas dia secara tidak sengaja terlanggar bahu pelajara berkenaan.

Juga dilaporkan ialah pelajar tingkatan satu itu adalah cucu kepada seorang pemimpin MCA di situ.

Berikutan itu, bapa pelajar tingkatan satu itu membawa tiga rakannya ke sekolah berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu, tetapi dihalang oleh seorang guru, yang dipercayai bapa kepada pelajar yang seorang lagi.
Berikutan itu dilaporkan berlaku pergaduhan antara kedua-duanya, dan guru berkenaan kemudiannya membuat laporan polis, mendakwa dia mengalami kecederaan di muka, dada dan bahagian belakang.

Dari sumber-sumber orang Pontian mereka yang bertindak mengepung balai polis tersebut selain dari saudara mara ialah orang-orang "ayahanda dan anakanda" yang turut datang dari Kulai dan Batu Pahat berkumpul apabila mendapat SMS.

Akibat takut berlaku rusuhan semua kedai di Pekan Nenas ditutup semalam termasuk stesyen minyaknya sekali.

Sumber: Malaysiakini

No comments: