Thursday, April 23, 2009

Minggu Exam Yang Padat

wah.. dah lame aku tak usik blog aku ni.. tak de mase, wireless lambat, byk keje tu faktor2 aku tak dapat nak update la blog aku ni... huhuhu... waa... korang nak tau tak, hari isnin aku ade exam Mathematic Engineering 3, pastu hari selase ade Hubugnan Etnik(nasib baik soalan objektif je) pastu plak tadi, (Rabu) aku ade exam Hidrologi.. bapak ar soalan membunuh gile...

huhuhuhu...

dah la susah...pastu ade la soalan terpakse tinggal sebab aku tak cukup mase..huhu...soalan die boleh jwb..tpi byk trik la..tu yg leceh tu..huhu...

pastu plak, tadi aku ade terime satu SMS dari kawan sekelas aku mengatakan ade orang dah mengaibkan Cin Nur Aini Bt Arish dengn cara menconteng bende2 tak elok kat Notice board cik aini tu... sape la yang tulis tu...tak pasal2 kene ugut kate cik nak failkan satu kelas,,,huhu..

betul ke cik aini?...jgn la mcm tu..sy tak bersalah...

sabar la ye cik aini...sume dugaan..huhu...ape2 pun cik aini, terime kasih atas didikan cik aini selame satu semester ni.... mmg saya hargai ilmu yang cik curahkan... tq tq tq :)

Hidrologi Chapter 7 = Groundwater









Tgk gamba kat bawah ni. ade la gak kaitan ngan bende yg aku blaja...

Ni sume ni adalah gambar pasal air yang tetibe memancut keluar dari sub permukaan. air ni terpancut dari dalam aquifer keluar ke udara. mengikut firasat aku, aquifer ni ade 2 jenis iaitu confined and unconfined. tanah kat tempat tu kering jadi die ade impermeable layer la kat bawah lapisan tu. jadi lapisan kawasan ni adalah kawasan aquifer terkurung.

aquifer terkurung ni ley jadi sebab die ade lapisal impermeable layer ngan lagi satu terpendan sebab ade pressure. (tekanan). so, sebab tekanan tu dah release, air tu terpancut2 kluar la.

Sebab Penampar Budak Budak, Jadi Rusuhan


Kekecohan di Pekan Nenas, Johor

Pekan Nenas, Pontian adalah satu bandar kecil yang menjadikan buah nenas sebagai lambang pekan tersebut hangat malam semalam apabila Balai Polis dikepung oleh kira-kira 1000 orang yang mengamuk kerana kejadian seorang bapa menceroboh sekolah kerana ingin mencari pelajar yang memukul anaknya tetapi membelasah guru yang cuba menghalangnya di Sek Men Pekan Nenas.

Apa yang pada mulanya hanya merupakan salahfaham kecil yang berlaku di sebuah sekolah, hampir mencetuskan rusuhan apabila kira-kira 1,000 yang naik angin dan bertindak mengepung balai polis Pekan Nanas di Johor semalam.

Menurut laporan media, balai polis itu dikunci dan sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan untuk menghalang orang ramai daripada masuk ke dalam balai.

Insiden pada jam 7.30 malam tadi itu juga menyebabkan lalulintas di kawasan tersebut terjejas teruk.

Ketua CID Johor, Amer Awal berkata masalah itu bermula di SMK Pekan Nanas di mana seorang pelajar tingkatan satu telah ditampar oleh seorang pelajar tingkatan lima selepas dia secara tidak sengaja terlanggar bahu pelajara berkenaan.

Juga dilaporkan ialah pelajar tingkatan satu itu adalah cucu kepada seorang pemimpin MCA di situ.

Berikutan itu, bapa pelajar tingkatan satu itu membawa tiga rakannya ke sekolah berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu, tetapi dihalang oleh seorang guru, yang dipercayai bapa kepada pelajar yang seorang lagi.
Berikutan itu dilaporkan berlaku pergaduhan antara kedua-duanya, dan guru berkenaan kemudiannya membuat laporan polis, mendakwa dia mengalami kecederaan di muka, dada dan bahagian belakang.

Dari sumber-sumber orang Pontian mereka yang bertindak mengepung balai polis tersebut selain dari saudara mara ialah orang-orang "ayahanda dan anakanda" yang turut datang dari Kulai dan Batu Pahat berkumpul apabila mendapat SMS.

Akibat takut berlaku rusuhan semua kedai di Pekan Nenas ditutup semalam termasuk stesyen minyaknya sekali.

Sumber: Malaysiakini