Saturday, July 10, 2010

Air Mata Nabi Adam

aku terbaca bende yang aku save dalam laptop.saje nak post balik...



Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Wallahualam..

Renung-renungkan lah dan selamat beramal yek

Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa ?

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Sunday, July 4, 2010

Tahun 4 Semeter 1 part A

wah.. akhir nya, aku berada di tahun akhir di pengajian ijazah civil engr aku ni...
tak sabar rasa nya nak cepatkan masa utk grad... walaupun bukan lah dalam ijazah kelas pertama, tapi aku rasa aku dah mencuba sedaya upaya utk menimba ilmu... aku tak rasa yang pendidikan aku sampai takat ni je.. ade rezeki, insyaAllah, aku akan sambung ke peringkat master... amin..same2 la doakan aku ye....

tahun ni, aku dah ddk rumah sewe.. buat pertama kalinya aku belajar dari diploma, sampai la ni dah nak abes degree, ni la 1st time ddk rumah sewe..huhuhu... betul ke keputusan aku ni?..aiyo.. aku pun tak tau la mcm mn..huhuhuu.. tapi, aku harap2 semua nye ok la bile aku ddk rumah sewe... macam2 la cabaran ddk rumah sewe ni.. aku harap sape2 yang dah berpengalaman tu, tolong la ajar aku sikit n bg tips mcm ne nak uruskan rumah sewe ni...

selain tu, tahun ni juga aku merasakan tahun yang paling sibuk..dengan IDP nye lagi, dengan Projek tahun akhir nye lagi..waa.. nak cari sponsor lagi.. ade sape2 nak sponsor aku tak?.. dapat perlepasan cukai woo.. :).. plz plz plz...

tu je la post kali ni... nanti aku tambah2 lagi ye....

Saturday, July 3, 2010

Mak Bedah

pada suatu masa dulu di sebuah kampung, tinggal seorang janda nama Mak Bedah. Mak Bedah ada seorang anak dara sunti yang tengah ranum. Baru nak masuk 16 tahun. Satu hari dia suruh anak dia, siti gi panjat pokok petai sebab dia ngidam nak makan petai. Siti pon sebagai anak yang taat dan mendengar kata teroslah buat seperti apa yang disuruh.
Tengah tengah siti panjat pokok petai sambil memetik petai2 yang ada dan dicampak kebawah, lalulah seorang pak aji. kepukkkk!!! kena kepala pak aji ni buat petai yang siti baling ke bawah tu...Pak Aji ni pon pandang ke atas sambil urut dada "Masya allah!" Kata pak aji. Dia panggil siti turun pas tu dia bagi siti lima ringgit "Pegi beli seluar dalam" pas tu pak aji tu trus balik umah.
Siti pon kutip buah buah petai dia tadik dan lari balik umah. samapi kat umah siti jerit "Makkkk!!, tadi ada pak aji tu bagi lima ringgit masa siti panjat pokok petai." Mak Bedah pon heran, ai panjat pokok petai ader org bagi lima ringgit..hmmm...esoknya dia suruh lagi siti gi panjat...dapat lagi kali ni sepuloh hengget sebab pak aji soh beli lebih. Macam biasa siti balik bg tau mak dia. "Wah ni sudah untung, kalau anak aku dapat sepuluh, aku mesti lagi banyak.
Esoknya mak bedah sendiri pegi panjat pokok petai tu...kali ni bila pak aji lalu, mak bedah balik petai tu ke bawah kena pak aji tu. Pak aji dongak dan terus panggil mak bedah turun.
sambil seluk poket dan mak bedah pon dah senyum senyum senget, pak aji kuarkan seposen. "Nah, sepuluh sen ni, pegi beli pisau cukur!" kata pak aji tu buat mak bedah sentap yang amat sangat....