Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

Bulan Puasa Dan Nak Abes

wah..dah lame tak mengopen blog aku ni..sampai terlupe paswd nye plak..haha.. hentam punye hentam, ley jgk nak login....

sekarang ni, dah minggu2 yang terakhir dalam bulan ramadhan.. kire2 ade dalam 6 hari lagi je nak menyambut hari raya....

terasa sedih hari raya kali ni..sbb banyak perkara yang menimpa diri... kenangan2 lalu yang mengingatkan aku tentang keceriaan hari raya ni macam dah tak de je utk raya kali ni....

harap2, raya tahun depan, ade la orang baru dalam family aku...ekeke.. :)...

lagi satu, ni la ramadhan aku yang terakhir sebagai mahasiswa... lepas ni dah grad dah.. dah tak same dah ramadhan aku...

kebiasaanya berbuka, bersahur, terawikh dengan kawan2.. tahun depan plak, dah sorang2 atau dengan keluarga je...

waaa.. kenangan kenangan..huhuhu...

Saturday, July 10, 2010

Air Mata Nabi Adam

aku terbaca bende yang aku save dalam laptop.saje nak post balik...



Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Wallahualam..